e-Learning – Bahasa Melayu (Surat Rasmi)

2 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Mac 2024, Jumaat, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas e-Learning – Bahasa Melayu (Surat Rasmi) yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 3:30 petang bertempat di NaDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh seorang peserta.

E-Learning pada kali ini adalah untuk mengulangkaji subjek bahasa melayu iaitu surat rasmi. Para peserta terlebih dahulu didedahkan dengan format untuk menulis surat rasmi. Di akhir sesi, para peserta telah diberikan latihan untuk menulis surat berhenti kerja.

Diharapkan dengan adanya aktiviti seperti ini boleh menjadikan suasana pembelajaran e-Learning di NaDi lebih menarik dan menyeronokkan seterusnya dapat menarik lebih ramai komuniti setempat datang ke NaDi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali